Tuesday, March 13, 2012
Melampau Terlampau
Tuesday, February 14, 2012
Macam2 Risya
Godek2 pic anakanda.. dlm byk2 gegambar, gambar ni jgk jadi pilihan hati.. ni umur risya 1 hari.. kalau tengok btul2, bentuk muka n kepala dia betul2 bulat.. bentuk muka takde runcing2 pon.. alahhh rindunya..
Salahkan ibu sebab snap gambar time risya tak ready.. lagi pun time ni beliau tengah bengang dengan pok adik beliau yang suke sangat sakat beliau.. 2-2 baru bangun tido tu.. dah macam adik ngan abang aku tengok.. pok adik ni sayang sangat kat anak sedara tapi anak sedara ni garang sangat.. kadang2 pok adik pon kalah.. huaaa.. pok adik ni pun manja+garang sebenarnya.. tapi dengan anak sedara terchenta, beliau sanggup mengalah.. kadang2 mengadu jugak risya wat tu risya wat ni.. hehe..
Wednesday, January 11, 2012
1 tahun 1 bulan 15 hari..
perkembangan beliau skrg..
1) dah pandai salam.. suruh cium pipi beliau cium.. pendek kata, beliau dah boleh paham ape yg kita suruh buat..
2) suke merajuk.. kalau tak dapat ape yg beliau nak mesti beliau merajuk.. beliau lembikkan badan, pastu wat2 jatuh, pastu golek2.. kdg2 beliau hentak2 kaki je.. *ikut sape ntah*
3) suke sangat ngan kucing.. dari jauh nampak kucing beliau dah kecoh meoww meoww pastu hulur tangan, mulut bunyi "cap2" meoww..
4) suke perati ape yg kite buat lepas tu beliau tiru la mane yg boleh.. jadi sekarang kalau nak buat ape2 kene hati2, yang tak elok tu jgn ditunjuk..
5) kalau beliau kentut, otometik beliau wat2 mcm terkejut pastu beliau tengok kite dan gelak hahaha.. 3 patah je kot "hahaha".. pastu beliau sambung main..
6) agak culas minum air kosong, tapi skrg kira minum jugak drpd sebelum ni..
7) jenis susah nak makan.. kecuali kalau dia betul2 lapar.. kalau biskut & roti beliau suke sangat..
8) bercakap masih dalam bahasa jerman.. kdg2 semangat beliau bercerita tp 1 pun kami yg mendengar ni tak paham..
9) masih x boleh panggil ibu.. asik mama mama mama.. abi? boleh kot tp sebutan api.. haha.. ibu nanti jgn la jadi abu plak..
10) suka memanjat.. suka buat sepah n mengemas..
11) ibu masuk dapur, beliau sibuk punggah segala bekas2 kat dapur.. bagi bekas n senduk baru beliau duduk wat acara masak2..
12) tidur awal.. bila dah tido tu, sekali je beliau bangun.. bagi susu, sambung tido balik.. kalau bernasib baik, pagi esoknya beliau kejutkan kita subuh2.. mula2 beliau cuit2 je, bila kita tak endah, beliau tampar2, tak endah lagi beliau gigit.. bila dah kena gigit harusla kita bangun.. bagus anak ibu..
13) kalau nak keluar, beliau pergi dekat pintu.. sebenarnya beliau nak kasut beliau yang ada kat rak kasut kat luar pintu tu..
14) bila beliau dengar gate ketungketang2 tu beliau terus meluru ke pintu.. beliau tau "api" beliau dah balik..
15) kalau pegi mana2 mesti kene dukung beliau ketat2.. kalau sekali terlepas, haru la kami mengejor.. bila dah penat baru mintak dukung balik.. biasanya ibu beliau tak layan.. mesti didukung jugak walaupun beliau meronta2 nak dilepaskan..
16) suke tido menunggeng angkat bontot.. org cakap sebab cacing eh? ok xpe, nanti ibu bagi ubat cacing..
..banyak lagi rasanya, tapi susah nak mengingat.. hehe.. ingatkan nak cukupkan 20.. tapi tak larat..
..jumpe lagi bila risya dah 2 tahun nanti..
bYE!
Friday, November 18, 2011
Mengigau & Mimpi
yang pakai topi tu la hero aku..
mimpi ni kan, kalau kita nak sambung, kadang2 memang manjadi, kadang2 dah tukar mimpi lain.. bila mimpi ngeri, siap berpeluh2 lagi.. pastu bila siang takut nak masuk bilik sendiri..
pasal mimpi ngeri nanti aku cerita lagi.. kalau rajin.....
Thursday, November 17, 2011
Terlebih EMO
Contoh, tengah tengok tv cerita dot3..
1) Eiii, kenape la perempuan tu macam tu.. tak malu ke.. kalau aku malu wat camtu..
2) Ala, kenape lambat sangat bawak pergi hospital, kan dah mati.. kalau cepat2 tadi dah selamat kot..
3) Wei, jgn ikut perempuan tu, dia jahat ada niat tak baik.. jgn ikutttttt..
See, emo tak.. tu baru sikit aku kasi contoh.. padahal tu cerita je.. pelakon tu bawak watak yg ada dalam skrip je pun.. aku kat luar terlebih2.. pastu mesti ade org belakang aku sound.. "cerita je pun, org luar plak lebih2".. kalau dulu abah aku la rajin sound macam tu.. sekarang abi risya.. kalau dia takde, terutama malam, kalau aku tgh emo tgk tv duk membebel sorang2, mesti cik risya tu pandang aku pelik.. tupun kalau dia terperasan aku tengah potpet2..
satu lagi kalau aku tgk sinetron indon.. kenapa la heroin nya baik gila???? wujud lagi ke perempuan sebaik tu?? sabar sabar sabar la kau sampai kena buli nak mampus pun.. aku penonton ni memang tak boleh terima.. pastu heroin nangis muka macam buat2, hidung kembang2.. tak caya? cuba kau tgk ptg ni kat tv9 cerita Lagu Cinta Nirmala tu.. aku tak layan sangat cerita ni.. tapi kalau tv dah terpasang, abi risya duk tengok, aku pn join la sekali.. nanti kau tengok la si nirmala tu nangis, kembang2 hidung dia.. BENCI aku tgk.. *emo kan*
cerita sedih pun macam tu.. kalau takde orang mesti aku join nangis skali.. tupun kalau betul2 tersentuh la.. lebih2 lagi kalau cerita pasal kekeluargaan.. kalau pasal cinta2 ni sorry la, aku tak nangis okey.. tapi kalau betul2 tersentuh nangis jugak kot..
Pernah tengok cerita Pai'e dulu2? dah lama dah cerita tu.. aku sekolah rendah lagi kot.. takpun awal menengah.. cerita ni pun wat aku nangis sampai tertidur.. sebab malu nak angkat muka lepas tgk cerita tu.. abis je cerita terus wat2 tido depan ruang tamu.. abah aku dah usik2 tapi aku keraskan badan je..
macam2 perasaan sebenarnya.. marah, sedih, gembira, mesti aku terikut2.. klau ade yang lawak2 tu lagi best.. gelak la aku sorang2.. abi risya tu aku tengok macam takde perasaan.. part tak lawak dia gelak pulak.. pelik aku.. tapi aku gelak sekali la cuma lambat sikit sebab aku rasa tak lawak mane pun.. yang lawak aku gelak terkekek2 dia wat derk je.. aku pulak tanya die "kenapa tak gelak, kan kelakar tu" dia jawab "ntah"..
korang macamana? macam aku tak? ke biasa2 je.. tu je nak cerita.. ok bye..
Wednesday, November 16, 2011
Pengalaman sebelum & semasa melahirkan cik risya
Apa khabar? sihat2 la hendaknya.. baru lepas lunch ni.. sebelum lunch tadi ade terfikir nk update blog.. fikir punya fikir, dpt la idea nak cerita pengalaman melahirkan cik risya ni..
nahh kau, risya dah nak masuk setahun dah, ibunya baru sibuk2 nak abadikan kenangan sewaktu melahirkan cik risya dlm blog beliau.. hebat hebat.. tapi apa aku kisah, blog aku ni bukan ramai orang baca pun.. entry ni mungkin agak panjang, so muntah hijau la siapa yang membaca..
23 Nov 2011
Lebih kurang waktu p'tengahan pagi kot (sebab bkn awal pagi), aku masuk tandas sebab ada tujuan, lepas tu nampak la ada dot2 merah mcm darah period.. aku senyum girang.. rasa nak lompat2, hehe sebab tau dah tak lama lagi dah nak bersalin.. tapi bila keluar dari tandas, aku wat muka selamba derk je bagitau kat abi risya ngan ummi aku la, takdela sampai melompat2 bagitau diorang, macam lepas buat pregnancy test dulu (ops, terbocor sudah)..
Ummi ajak abi risya bawak aku ke hospital, tapi aku taknak sebab tak sakit pun.. lagipun dah pernah baca pengalaman2 ibu2 lain yang keluar tanda macam aku, masuk hospital bukan terus bersalin pun, rehat2 aje.. aku fikir kat umah pun boleh rehat ape.. lagi best & selesa.. aku tangguh2 macam2 alasan la kejaplagi2.. lepas tu petang sebelum asar, abi risya call la abah dia, cerita semua la apa yang aku cerita kat dia.. terus abah dia suruh bawak aku pergi hospital.. aku dah cakap tunggu dulu nak rileks2 dulu kat umah tapi atas desakan mereka semua la aku takde pilihan.. dengan malasnya aku berkemas, bawak apa yang patut..
Lepas asar dengan perasaan terpaksa aku serah diri kat hospital sultanah nurzahirah, kuala terengganu.. terus naik ke ward bersalin, nurse2 soal selidik semua.. cek bukaan jalan, 1st time ok, berdebar2 tapi ditenangkan oleh doktor.. jalan tak terbuka lagi pon.. abi risya pergi bayar.. dah selesai, dapatla aku uniform baru kaler pink gitu.. *bangga* dapat katil ujung2 tepi tingkap.. masuk je, tak payah jalan jauh2, belok kanan terus nampak muka aku kat hujung belah kanan sana..
Tak lama lepas tu abi risya ngan ummi aku pun mintak diri nak balik sebab dah nak maghrib kan.. ke dah maghrib? aku lupa la..
Bermulalah perjalanan hidup aku tanpa sesiapa disisi.. alamak, ayat tak boleh blaa.. yang ada tupun semua aku tak kenal.. malam sikit baru ade peluang nak berkenalan dengan yang kiri kanan depan, pendek kata yang dekat2 jelah.. masing2 ada cerita tersendiri sebab diorang boleh ada kat situ..
Tido malam tu mmg langsung tak lena, kejap2 nurse dtg cek tekanan darah, cek perut, pastu panggil nak cek jantung baby.. alhamdulillah takde masalah.. part nurse kejut2 tu aku boleh tahan lagi, tapi bila ada benda lain kacau tu aku tak tahan.. tau ape? nyamuk la.. serius aku rasa nak nangis sebab nyamuk gigit aku bkn sikit, tp byk weii.. dengan bunyi sumbangnya kat telinga aku nyeng nyeng (gitu ke bunyi nyamuk) memang nak nangis.. lepas tu panas sangat, ada kipas macam takde je.. berpeluh2 macam mandi dah.. sabar jelah..
Masuk 24hb aku dah start boring.. mintak nak balik sebab aku langsung takde sakit apa2.. doktor n nurse yang datang cek selalu jugak tanya, sakit ke tak.. bab makan, aku memang tak makan makanan hospital.. bkn sebab tak sedap ke apa, tapi taktaula.. tak selera.. tengahari, abi risya la bawa bekal yang ummi masak bagi aku makan.. ummi tak datang, sebab aku ada adik kecik jugak, nak tinggal susah.. lagipun aku sihat walafiat.. lainla kalau dah nak terberanak.. abi risya pulak bukan boleh duduk lama2 kat hospital, waktu melawat sgt2 la singkatnya.. bila dia balik, aku sembang pulak dengan jiran2 tepi2 katil aku.. bila dah takde topik, aku baring cuba tidur.. time nak mandi, ke bilik air, nak sembahyang baru jalan2 ke belakang..
Petang tu masa doktor praktikal datang cek, aku mintak balik lagi.. tapi dia tak boleh bagi keputusan.. kebetulan doktor senior lalu, dia tanya terus.. dia pun jawab tengok dulu macamana.. aku macam dah ada harapan.. *gumbira*.. tak lama lepas tu lepas dia cakap2 dengan doktor lain, dia jawab ok, tapi dia ada la pesan2 kat aku suruh datang terus in case sakit perut ke, pecah ketuban ke.. *baek doktor*.. ada nurse suruh aku masuk bilik nak cek semua2 la termasuk scan baby sebelum balik.. kejap je, aku tanya berat baby, doktor cakap 3kg.. ohh 3kg je eh.. aku ingat lepas tu boleh terus balik.. ayyoo.. rupa2nya lewat petang la baru aku discharge.. hampeh..
Balik rumah, sampai je terus rasa wahhh sorgaaa.. haha..
Hari ni lepak2 kat umah.. pagi tu semangat cuci bilik air, kemas2 rumah sikit.. petang ajak abi risya ngan adik2 lepak kat pantai.. layan ABC semua.. tangkap2 gambar.. lompat2 kat tepi pantai (ada hati padahal boyot).. panjat2 batu.. malam tu rileks je takde apa2.. tido.. zZzzZZzzz..
Lebih kurang 1.25am.. aku terjaga sebab sakit perut.. sakit sikit2 macam nak period tu.. aku pergi tandas tapi takde rasa nak membuang ke apa.. masuk bilik kejut abi risya.. cakap ngan dia sakit perut.. dia tanya macamana2, aku suruh rileks sampai semua orang bangun.. masudnya, nanti dulu la.. taknak pergi hospital lagi.. hehe.. aku sambung tido..
Bila semua dah bangun aku bgtau ummi la perut dah sakit.. ummi ajak pergi klinik kesihatan terdekat untuk cek apa yang patut.. klinik tak bukak lagi.. pergi redah umah nurse tu je.. sebab ummi dah biasa dengan dia.. lagipun umah dia dalam kawasan klinik tu jugak..
Aku rasa, cek bukaan jalan paling tak digemari oleh ibu2 termasuk aku.. nurse tu cek bukaan jln, dia siap pesan suruh rileks semua.. ok aku rileks.. dia cakap mmg dah terbuka dalam 1cm+.. eleh, banyak cm lagi nk cukup 10cm tu kak.. ala.. nurse suruh serah diri ke hospital.. aku siap cakap nak pergi petang2 sikit.. contraction aku ni pun main2 lagi.. dia kata ok.. aku pn ok la jugak..
Balik umah, sms BFF aku mintak dia belikan something.. tak lama lepas tu dia datang umah dengan maknya..
Petang lepas asar aku serah diri ke hospital.. masa ni dah rela hati dah.. sampai kat hospital, doktor cek lagi bukaan jalan.. hisss.. dah tambah dari 1cm+ ke 3cm kot.. lupa.. tukar uniform pink lagi.. kali ni dapat katil paling belakang dan paling hujung.. dekat dengan tempat sembahyang, dlm 7 langkah je kot.. dekat jugak dengan toilet.. tak takut sangat nk ke toilet malam2.. hehe..
Masa ni sakit perut aku dah bertambah la sikit.. makin kerap.. tapi aku boleh tahan lagi.. aku sorang2 baring, abi risya tak dapat temankan sebab dah memang undang2 hospital.. tapi dia setia tunggu aku kat luar tu.. tengah2 tahan sakit perut mak mertua aku call.. tiba2 je aku nangis.. dia tanya macamana keadaan aku.. aku diam je.. dia faham kot.. dia tanya sakit ye.. aku jawab sakit.. dia suruh rehat2 apa semua.. tak lama lepas tu, abi risya datang.. eh, boleh pulak dia masuk.. ntah2 mak bagitau dia aku nangis kot.. aku sakit boleh gerak lagi time ni.. abi risya suruh cek lagi bukaan jalan sebab nurse dah pesan, sakit jgn senyap2.. kena bagitau n dia boleh cek jalan.. aku pergi la tempat nurse tu cakap nak cek jalan, cek2 dah 5cm.. nurse suruh aku siap2 nak sorong aku ke bilik bersalin sebab aku dah tak larat nak jalan dah.. sebelum tu aku mintak nak sembahyang isyak dulu.. sembahyang dah tak boleh berdiri, mampu duduk je atas katil, sembahyang sunat sekali.. lepas tu baru la panggil nurse, cakap dah ready nak kena sorong..
Lebih kurang pukul 11 kot atau awal sikit nurse tolak aku ke bilik bersalin.. ramai jugak ibu2 yang dah berjam2 menahan sakit kat dalam tu.. aku ditempatkan kat 1 ruang yang berselirat dengan wayar2 mesin tu.. bunyi mesin yang lebih menakutkan aku drpd takut nak bersalin.. org sebelah aku tu tengah menahan sakit.. mmg jelas dengar bunyi dia mengerang menahan kesakitan.. sampai la dia bersalin, semua aku dengar, tapi tak nampak la.. hehe.. aku fikir, macamana la aku kejap lagi..
Masa berlalu sikit demi sikit, sakit pun dah bertambah-tambah.. dah tak boleh nk move badan sesuka hati.. nk alihkan badan kena slow2.. zikir n selawat mmg tak lekang di bibir.. serius, aku dah lupa macamana rasa sakit tu.. aku cuma ingat aku sakit sangat.. doktor dtg cucuk ubat tahan sakit, tp aku rasa mcm takde kesan ubat tu.. sakit macam tu jugak.. doktor cek jalan dah 7cm, beliau pecahkan ketuban, yesss ketuban aku TAK pecah naturally tapi dipecahkan.. lepas dah pecahkan ketuban tu, sakitnya bukan main sendu lagi.. mcm dah tak mampu nak alihkan badan.. aku tanya doktor, lambat lagi ke saya nak bersalin, doktor tu senyum dia kata sabar.. berapa lama lagi ni, dia jawab tak pasti sebab terpulang pada individu lagipun aku beranak anak sulung kan jadi susah sikit dia nak bagi jawapan.. ada bidan datang jenguk aku.. cek tekanan darah, jatung baby.. aku terpegang tangan dia, rasa taknak lepas2.. dia pun biarkan je.. dia tanya nak saya panggilkan suami? aku angguk laju2..
tak lama lepas tu, (banyak kan ayat tak lama lepastu.. sebab mmg kejadian ni kejap2 je) bidan tu keluar, rupanya panggil abi risya.. abi risya masuk je, terus bidan tu tanya aku ni suami awak ke? aku tgk sekilas mcm tu je dah tau tu suami aku.. aku angguk je.. sakit macam dah tak tertahan ni, rasa nak meneran tu kuat sangat.. tapi aku tahan, tak berani teran selagi bidan tak suruh sebab dia dah pesan awal2.. abi risya dtg pn aku wat xtau je sebab layan sakit.. dia tenangkan aku pn aku macam tak sedar.. bila dah tak boleh tahan, aku panggil bidan cakap rasa nak teran sgt dah tak boleh tahan.. die cek jln lagi, dia cakap haa teranla kuat2.. aku apa lagi, teran la sekuat hati.. dengan takbir selawat keluar dari mulut sambil meneran.. bidan tu cakap, jgn bunyi suara masa meneran.. aku senyap jelah, x ingat berapa kali.. bidan cakap baby ni besar jugak.. 27 Nov 2010, tepat 1.25 pagi lahirla seorang bayi comel seberat 3.59kg yang diazankn & diiqamatkn oleh abi beliau..
Oh ya, masa ni ummi aku ada tau.. ummi tunggu kat luar dewan bersalin.. baru terbayang macamana sakitnya ummi ketika melahirkan aku.. *insaf*

Risya umur sehari
Annurrisya Insyirah Binti Ahmad Fahmi.. jadilah seorang anak yang menghormati ibu bapa.. ikuti suruhanNYA dan tinggalkan segala laranganNYA.. berpegang teguh pada agama Allah.. jadilah insan yang berguna dan disenangi oleh semua orang.. ibu sayang risya.. *emo*
Inilah serba sedikit yang aku ingat pengalaman sebelum dan semasa melahirkan cik risya ni.. terlebih terkurang maaf dipinta..
So, macamana? panjang tak? muntah hijau tak? hehe.. nanti bila risya dah besar, saya suruh dia baca blog ni.. tupun kalau blog ni wujud lagi.. takpun saya print out je kan..
ok, bye!





